Posts

Showing posts with the label Life in UKM

Kolej Aminuddin Baki

Image
Kolej Aminuddin Baki(KAB) merupakan kolej yang amat digeruni oleh kolej kolej lain di UKM. Hal ini demikian kerana KAB merupakan kolej yang sangat terkenal dengan kehebatan sukan. Penghuni KAB sebanyakannya diduduki oleh atlet yang mewakili negara dan juga negeri. Pada kejohanan sukan Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu SUKEM 2018, Kolej Aminuddin Baki telah menjuarai SUKEM 2018 dengan pungutan 20 emas dengan mengatasi Kolej Keris Mas dengan 16 emas. Hal ini menunjukkan bahawa Kolej Aminuddin Baki merupakan kolej yang amat terkenal dengan kekuatan sukannya. Aku bangga menjadi Kolej Aminuddin baki.

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Ukm

Image
Latar Belakang Sejarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM dirintis dengan tertubuhnya Jabatan Ekonomi dan Perdagangan. Seusia dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1970. Pada peringkat awal penubuhannya disiplin ekonomi hanya bertaraf jabatan. Ia merupakan salah sebuah jabatan dalam Fakulti Sastera. Taraf Jabatan Ekonomi dan Perdagangan telah dinaikkan ke peringkat fakulti pada 1 Januari 1974 hasil perkembangan bidang ilmu yang pesat dalam disiplin ekonomi dan pengurusan. Fakulti baru ini dinamakan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Perkembangan ilmu ekonomi dan perniagaan serta permintaan pasaran gunatenaga yang semakin menigkat telah melahirkan idea untuk memisahkan fakulti ini kepada dua buah fakulti yang berasingan iaitu Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Pengasingan fakulti ini telah berlaku pada 16 Mei 1979. Semenjak dari itu, kedua-dua fakulti telah berkembang dengan pesat. Dalam tahun 1996, pihak pengurusan UKM telah memutuskan untuk me...

Suksis Ukm

Image
Aku merupakan seorang suksis UKM. Mesti pembaca sekalian tertanya tanya,apa itu suksis. suksis ialah Kor Sukarelawan polis siswa siswi yang diusulkan kepada setiap universiti di Malaysia. Tujuan aku menyertai suksis UKM ini bukanlah untuk menjadi seorang anggota polis, tetapi aku menyertai suksis ini kerana aku ingin mendisiplinkan diriku. Apabila aku menyertai suksis ini, aku telah mempelajari banyak perkara yang mampu aku terapkan dalam kehidupan seharian. Contohnya,Pada setiap hari rabu,aku akan bangun di awal waktu iaitu pada jam 5.30 pagi kerana ada perjumpaan pagi di kesatria. Pada hari sabtu pula, Suksis akan mengadakan latihan mingguan yang akan bermula pada jam 6.30 pagi. Hal ini dapat memupuk sikap disiplin dalam diriku untuk sentiasa bangun di awal waktu. Dengan menyertai suksis ini, aku dapat mendisiplinkan diriku untuk menjadi seorang insan yang cemerlang.

Majlis Penyerahan Bendera Sukem KAB

Image
UKM MANTAP!! Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang Majlis Penyerahan Bendera Sukem Kolej Aminuddin Baki. Majlis Penyerahan Bendera Sukem ini diadakan pada 14 November 2018 di kolej Aminuddin Baki. Majlis Penyerahan Bendera ini akan diadakan pada setiap tahun di UKM. Majlis penyerahan bendera ini diadakan menikut kolej masing masing. Tujuan Majlis Penyerahan bendera Sukem ini diadakan adalah bagi menaikkan semangat para atlet untuk berjuang sehabis baik ketika bermain sukan. Majlis Penyerahan Bendera ini diuruskan oleh Biro Secreteriat Sukan dan Rekreasi(SSDR) KAB.Majlis ini diadakan di foyer KAB yang dihadiri oleh pengetua KAB,Dr Suzurin,Timbalan Pengetua,Encik Fairuz,Felo kanan,Encik Faizal,MEP Sukan KAB,Khairul Anuar dan para atlet Kolej Aminuddin Baki.Majlis dimulakan dengan kehadiran para atlet Kolej Aminuddin Baki pada jam 8.30 malam.Pada jam 8.45 malam,ketibaan tetamu kehormat majlis iaitu pengetua,timbalan pengetua,fe...

minggu keusahawanan KAB

Image
UKM MANTAPP!!! oden  Bermula pada 13 november 2018 sehingga 16 november 2018,Kolej Aminuddin Baki telah mengadakan minggu keusahawanan. Program ini diadakan pada setiap tahun bagi mengasah bakat pelajar pelajar Kolej Aminuddin Baki dalam mengeluarkan idea untuk menjadi kreatif dan inovatif. Pada minggu keusahawanan ini,pelajar pelajar dapat mengeluarkan banyak idea untuk menjual barang barang dan juga makanan makanan yang kreatif iaitu idea baharu yang belum dikeluarkan lagi pada sebelumnya dan inovatif iaitu memperbaharui idea yang ada sebelum ini supaya hasil yang dikeluarkan lebih menarik. Pada minggu keusahawanan ini,pelajar-pelajar Kolej Aminuddin Baki akan menjual pelbagai makanan dan juga barangan yang lain. Pada minggu keusahawanan ini, pelbagai makanan yang menarik dan dapat melelehkan air liur para penggemar makanan. Antara makanan yang dijual pada minggu keusahawanan ini adalah Oden,Sosej bersalut,Nasi Lemak Amarika,Burger kawin dan pelbagai lagi makanan yang...

Kenali UKM

Image
Universiti Kebangsaan Malaysia , yang juga dikenali sebagai  UKM , adalah sebuah universiti awam yang terletak di  Bangi ,  Selangor  yang terletak di selatan  Kuala Lumpur . Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) terletak di Cheras dan juga mempunyai kampus cawangan di Kuala Lumpur. Ia merupakan antara universiti paling berprestij di Malaysia dan Asia Tenggara. Terdapat lebih 22 ribu pelajar yang mendaftar ke UKM (17,500 pelajar sarjana muda, dan 5,105 pelajar pascasiswazah di mana 1,368 merupakan pelajar asing dari 35 buah negara). Universiti Kebangsaan Malaysia adalah salah satu daripada lima universiti yang menyelaraskan penyelidikan di Malaysia. UKM adalah universiti terbaik ke-259 di dunia mengikuti QS World University Rankings yang dijalankan pada tahun 2014. [5]  Ia juga menduduki tempat ke-98 dalam 100 universiti baru terbaik yang ditubuhkan dalam tempoh 50 tahun yang lalu di dunia. Ia juga adalah satu-satunya universiti dari Ma...

about myself :)

Image
BONJOUR!!! NAMA: MUHAMMAD NABIL HIRZAN BIN ISMAIL TARIKH LAHIR: 05/02/1999 UMUR: 19 TAHUN ASAL: RANTAU PANJANG,KELANTAN. (KELANTANESE BOSSKU) AGAMA:ISLAM KETURUNAN: MELAYU HOBI:BERMAIN BOLA SEPAK PENCAPAIAN TERTINGGI:PENGAKAP RAJA                                                :GANGSA OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN KELEBIHAN DIRI: SAYA MERUPAKAN SEORANG YANG PANTAS BERFIKIR DAN MUDAH UNTUK MENYESUAIKAN DIRI DENGAN KEADAAN BAHARU