Majlis Penyerahan Bendera Sukem KAB

UKM MANTAP!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang Majlis Penyerahan Bendera Sukem Kolej Aminuddin Baki. Majlis Penyerahan Bendera Sukem ini diadakan pada 14 November 2018 di kolej Aminuddin Baki. Majlis Penyerahan Bendera ini akan diadakan pada setiap tahun di UKM. Majlis penyerahan bendera ini diadakan menikut kolej masing masing. Tujuan Majlis Penyerahan bendera Sukem ini diadakan adalah bagi menaikkan semangat para atlet untuk berjuang sehabis baik ketika bermain sukan. Majlis Penyerahan Bendera ini diuruskan oleh Biro Secreteriat Sukan dan Rekreasi(SSDR) KAB.Majlis ini diadakan di foyer KAB yang dihadiri oleh pengetua KAB,Dr Suzurin,Timbalan Pengetua,Encik Fairuz,Felo kanan,Encik Faizal,MEP Sukan KAB,Khairul Anuar dan para atlet Kolej Aminuddin Baki.Majlis dimulakan dengan kehadiran para atlet Kolej Aminuddin Baki pada jam 8.30 malam.Pada jam 8.45 malam,ketibaan tetamu kehormat majlis iaitu pengetua,timbalan pengetua,felo kanan dan juga MEP sukan KAB. Seterusnya nyanyian lagu Negaraku,Varsiti Kita dan Lagu rasmi Kolej Aminuddin Baki.Setelah selesai nyanyian,doa dibaca bagi memberkati majlis pada malam tersebut. kemudian,sepatah dua kata ucapan diberikan oleh pengetua Kolej Aminuddin Baki iaitu Dr Suzurin bagi menaikkan semangat atlet atlet kolej Aminuddin Baki.setelah selesai ucapan daripada Dr Suzurin,video montaj ditayangkan bagi menaikkan lagi semangat atlet-atlet Kolej Aminuddin Baki.Kemudian,majlis diteruskan lagi dengan gimmik penyerahan bendera kepada pengibar bendera Kolej Aminuddin Baki iaitu saudara Amir yang juga seorang atlet badminton Malaysia.Setelah selesai gimmik penyerahan bendera,bacaan ikrar oleh saudara Amir. setelah lafaz ikrar tersebut selesai, sesi fotografi diadakan seterusnya majlis selesai.Tetamu dibenarkan bersurai seterusnya tetamu dijemput untuk menikmati jamuan ringkas yang tekah disediakan oleh Biro SSDR. Dengan adanya Majlis Penyerahan Bendera ini,semangat para atlet akan terus meningkat untuk memburu emas pada SUKEM 2018. sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis Kasut Sukan

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Ukm

Pemakanan Seimbang