minggu keusahawanan KAB

UKM MANTAPP!!!

oden


 Bermula pada 13 november 2018 sehingga 16 november 2018,Kolej Aminuddin Baki telah mengadakan minggu keusahawanan. Program ini diadakan pada setiap tahun bagi mengasah bakat pelajar pelajar Kolej Aminuddin Baki dalam mengeluarkan idea untuk menjadi kreatif dan inovatif. Pada minggu keusahawanan ini,pelajar pelajar dapat mengeluarkan banyak idea untuk menjual barang barang dan juga makanan makanan yang kreatif iaitu idea baharu yang belum dikeluarkan lagi pada sebelumnya dan inovatif iaitu memperbaharui idea yang ada sebelum ini supaya hasil yang dikeluarkan lebih menarik. Pada minggu keusahawanan ini,pelajar-pelajar Kolej Aminuddin Baki akan menjual pelbagai makanan dan juga barangan yang lain. Pada minggu keusahawanan ini, pelbagai makanan yang menarik dan dapat melelehkan air liur para penggemar makanan. Antara makanan yang dijual pada minggu keusahawanan ini adalah Oden,Sosej bersalut,Nasi Lemak Amarika,Burger kawin dan pelbagai lagi makanan yang menarik yang dijual pada Minggu keusahawanan ini. Selain itu, minuman juga dijual pada minggu keusahawanan ini. Antara minuman yang menarik perhatian saya sebagai pembeli ialah Air Jeruk,Bandung Cincau gergasi dan Asam Boi. Disamping makanan dan minuman, permainan juga diadakan pada minggu keusahawanan ini bagi menarik minat pelajar untuk memeriahkan lagi minggu keusahawanan ini. Antara permainan yang dianjurkan pada minggu keusahawanan ini ialah permainan Money Drop,Catur Bistari,Catch and cash dan juga wheel of fortune. Dengan adanya minggu keusahawanan ini, pelajar dapat menimba pengalaman macam mana untuk menguruskan perniagaan selain daripada dapat meningkatkan pendapatan pelajar yang mana sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pelajar dalam aspek kewangan pelajar.Saya berharap agar program ini dapat diteruskan ke generasi seterusnya agar pelajar dapat menimba pelbagai ilmu sekiranya program seperti ini diadakan di UKM. Sekian

pizza

burger

roti gulung

Comments

Popular posts from this blog

Jenis Kasut Sukan

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Ukm

Suksis Ukm