Pemakanan Seimbang

 Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat,protein,lemak,vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.

 Isi kandungan

karbohidrat
karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula,kanji dan beberapa selulosa,gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijirin seperti beras,gandum dan sepertinya.

Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti amino asid,protein kelas perama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.

Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan,protein,karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah,hormon, bahan genetik dan kimia dalam sistem saraf.

Pelawas
Serat atau pelawas dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar dan bijirin merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat,amat penting untuk minum banyak air.


Comments

Popular posts from this blog

Jenis Kasut Sukan

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Ukm

Suksis Ukm