Minat Saya


BOLA SEPAK

 Saya merupakan seorang yamg sangat meminati bola sepak. saya mula menceburi minat dalam sukan bola sepak ini sejak saya berumur 4 tahun. pada usia 6 tahun,saya dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak antara sekolah sekolah di daerah saya iaitu daerah Rantau Panjang. Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Gual Sitok berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Seterusnya,Saya dapat mewakili daerah saya dalam pertandingan bola sepak antara daerah di seluruh negeri Kelantan. Daerah saya berjaya mendapatkedudukan ketiga dalam pertandingan tersebut. Setelah beralih ke peringkat sekolah menengah,saya cuba untuk mengaktifkan diri dalam bidang bola sepak.Saya bersekolah di MRSM Gerik,Perak. Alhamdulillah saya telah diserap untuk menjadi salah seorang pemain bola sepak MRSM Gerik.Malangnya,sehari sebelum pertandingan berlangsung,saya mengalami kecederaan di bahagian buku lali semasa sesi latihan. oleh itu,saya telah diguguirkan daripada skuad.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis Kasut Sukan

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Ukm

Suksis Ukm