Posts

Showing posts from October, 2018

Minat Saya

Image
BOLA SEPAK  Saya merupakan seorang yamg sangat meminati bola sepak. saya mula menceburi minat dalam sukan bola sepak ini sejak saya berumur 4 tahun. pada usia 6 tahun,saya dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak antara sekolah sekolah di daerah saya iaitu daerah Rantau Panjang. Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Gual Sitok berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Seterusnya,Saya dapat mewakili daerah saya dalam pertandingan bola sepak antara daerah di seluruh negeri Kelantan. Daerah saya berjaya mendapatkedudukan ketiga dalam pertandingan tersebut. Setelah beralih ke peringkat sekolah menengah,saya cuba untuk mengaktifkan diri dalam bidang bola sepak.Saya bersekolah di MRSM Gerik,Perak. Alhamdulillah saya telah diserap untuk menjadi salah seorang pemain bola sepak MRSM Gerik.Malangnya,sehari sebelum pertandingan berlangsung,saya mengalami kecederaan di bahagian buku lali semasa sesi latihan. oleh itu,saya telah diguguirkan daripada sk

Kenali UKM

Image
Universiti Kebangsaan Malaysia , yang juga dikenali sebagai  UKM , adalah sebuah universiti awam yang terletak di  Bangi ,  Selangor  yang terletak di selatan  Kuala Lumpur . Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) terletak di Cheras dan juga mempunyai kampus cawangan di Kuala Lumpur. Ia merupakan antara universiti paling berprestij di Malaysia dan Asia Tenggara. Terdapat lebih 22 ribu pelajar yang mendaftar ke UKM (17,500 pelajar sarjana muda, dan 5,105 pelajar pascasiswazah di mana 1,368 merupakan pelajar asing dari 35 buah negara). Universiti Kebangsaan Malaysia adalah salah satu daripada lima universiti yang menyelaraskan penyelidikan di Malaysia. UKM adalah universiti terbaik ke-259 di dunia mengikuti QS World University Rankings yang dijalankan pada tahun 2014. [5]  Ia juga menduduki tempat ke-98 dalam 100 universiti baru terbaik yang ditubuhkan dalam tempoh 50 tahun yang lalu di dunia. Ia juga adalah satu-satunya universiti dari Malaysia yang telah disenaraika